Showing posts with label Shila Amzah. Show all posts
Showing posts with label Shila Amzah. Show all posts

Wednesday, 30 October 2013

Saya Terima Dengan Hati Terbuka Jika Johan As’ari Jodoh Saya – Shila Amzah

,
Adakah ini pengakuan cinta versi gadis Melayu yang malu-malu kucing? Adakah Johan As’ari memahami apa yang cuba disampaikan oleh Shila Amzah? Abang Nara yakin banyak peminat yang gembira dengan perkembangan hubungan mereka berdua ini. Terbaru, Shila mengakui akan menerima dengan hati terbuka sekiranya ditakdirkan Johan As’ari adalah jodohnya.
johan as'ari
Seringkali dilihat berkongsi gambar mereka bersama, Abang Nara rasa Shila dan Johan ini memang ada jodoh. Muka pun sama. Sekali pandang macam adik beradik. Kata Shila kepada Mstar Online:-
Kami lebih selesa akrab tanpa perlu meletakkan ia sebagai satu hubungan pasangan bercinta. Johan juga antara sahabat saya yang paling rapat dan saya terima dia dengan hati terbuka sekiranya dia merupakan jodoh saya satu hari nanti,
johan as'ari
Yang menariknya, kehadiran Johan dalam hidup Shila memberikannya aura positif dan semangat untuk lebih fokus kepada kerjaya. Amboi amboi amboi. Ibu bapa mereka berdua pun sudah saling mengenali. Memang eloklah sangat tue. Tambah Shila lagi:-
Saya percaya ibu dan ayah mempunyai perasaan yang kuat terhadap kawan-kawan anak mereka di mana mereka boleh mengagak baik buruknya perangai seseorang itu. Alhamdulillah dia (Johan) hadir dalam hidup kami membawakan aura positif dan kalau nak tahu mak saya dan mak dia sudah lama berkenalan rupa-rupanya. Ini membuatkan jalinan antara keluarga kami juga semakin kuat. Dan pada masa sama saya dan Johan saling memberi semangat dalam kerjaya masing-masing
johan as'ari
Kepada Johan As’ari, Shila seolah-olah sudah memberi “green light” kepada anda. Silalah mengambil langkah seterusnya kalau benar-benar sudah berkenan. Jangan tunggu lama-lama. Nanti lama-lama dikebas orang. Kalau Johan taknak, ramai lagi yang menaruh hati pada Shila. Jadi sebelum melopong, baiklah pergi “chop” dulu. Hehehe. Tak gitu?
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
Read more →

Sunday, 20 October 2013

Johan As’ari Mengaku Sudah Jatuh Cinta Dengan Shila Amzah?

,
Walaupun tidak menyebut nama artis yang berjaya memikat hatinya, Abang Nara dapat agak bahawa gadis yang berjaya membuatkan Johan As’ari angau ialah Shila Amzah. Rasa satu Malaysia sedar akan kemesraan mereka semenjak dua ini. Abang Nara suka jika mereka berdua benar-benar bercinta. Memang sama cantik sama padan.
johan as'ari dan shila
Berkata kepada Mstar Online, Johan As’ari memberitahu yang dia merasakan dirinya tidak bertepuk sebelah tangan. Kata Johan:-
Saya dan dia, masing-masing tahu yang kami saling menyukai antara satu sama lain tetapi kalau boleh kami tidak mahu mengesahkan sebagai pasangan kekasih.
Pada saya biarlah kami diikat sebagai ikatan suami isteri yang sah, barulah boleh merasai nikmat bercinta itu. Keadaan ini juga sebenarnya lebih mudah kerana andaikata tiada jodoh, kami boleh membawa haluan sendiri
johan
Menariknya, Johan merancang untuk melamar dan bertunang dengan gadis yang berjaya mencuri hatinya itu tahun ini. Kalau dibuat kira-kira, hanya tinggal 2 bulan sahaja dalam 2013 ini. Tak sabar pula rasanya nak tengok majlis pertunangan Johan dan Shila. Kata Johan lagi:-
Perhubungan yang dijalinkan sekarang ini lebih kepada kepercayaan antara satu sama lain tanpa perlu menjadi kekasih. Jadi, memandangkan kami sekarang ini sibuk dengan urusan kerja seni, biarlah tugasan itu diselesaikan dahulu.
Malah, kami biarkan masing-masing mengejar cita-cita dahulu sehingga berpuas hati dengan zon masing-masing. Andaikata perhubungan ini menjadi, InsyaAllah saya akan sebarkan pada semua, doakan ya
Namun Abang Nara sebenarnya agak pelik juga kerana sebelum ini Johan mengakui sudah mempunyai seorang teman istimewa yang bekerja di bahagian penyiaran. Malah dah ada perancangan nak berkahwin dengan kekasihnya itu. Mungkin cinta Johan dan gadis tersebut telah terputus. Harap-harap begitulah. Jangan main kayu tiga pulak. Kang tak pasal-pasal meletup perang dunia ketiga. Hehehe.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
Read more →

Monday, 2 September 2013

Tiada Apa Yang Istimewa Antara Saya Dan Shila – Johan As’ari

,
Akibat berkongsi beberapa gambar bersama-sama Shila Amzah baru-baru ini, terus Johan As’ari digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan bekas kekasih Sharnaaz Ahmad ini. Sekali pandang, mereka berdua memang nampak sepadan. Kedua-duanya sangat comel dan cute gitu ~~
null
Abang Nara rasa, kalau mereka berdua bercinta, peminat pun pasti akan gembira. Namun sayangnya menurut Johan, tiada apa yang istimewa di antara mereka berdua. Kata Johan kepada Mstar Online:-
Tiada apa yang istimewa di antara kami kerana saya dan Shila hanya sekadar teman biasa dan tidak lebih daripada itu. Saya ada bertemu dengannya di beberapa buah majlis selain saya bertandang ke rumahnya untuk beraya dan dia pula membalas lawatan itu ke rumah saya dan ditemani oleh ibu kami.Keluarga kami saling mengenali antara satu sama lain sudah lama dan sering berjumpa tanpa kehadiran kami
null

Kalau tak silap Abang Nara, Johan As’ari sudah pun mempunyai pilihan hatinya sendiri dan bakal bertunang pada hujung tahun ini. Namun kata orang jodoh ini perkara yang misteri. Mana tahu satu hari nanti Johan dan Shila akan terbuka hati untuk bercinta. Memang sesuai sangat pada pandangan Abang Nara. Apa kata korang?
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
Read more →

Sunday, 1 September 2013

Shila Amzah Masih Belum Temui Pengganti

,
Erm…ni kira berita baiklah untuk para lelaki diluar sana tu. Shila Hamzah masih belum berpunya buat masa ini.Demikianlah kenyataan yang dikeluarkan oleh Shila Amzah menurut Berita Harian, walaupun baru-baru ini dia dikaitankan pelakon Juvana, Johan As’asri, baru-baru ini.
Peminat mula mempersoalkannya sedangkan kami memang tiada hubungan istimewa”
Menurut Shila, hatinya masih tertutup dan tidak mahu memikirkan tentang mencari kekasih baru, sebaliknya menyerahkan segala-segalanya kepada jodoh. Bila tiba masanya, Shila akan terus berkahwin dan tidak ingin menghabiskan masanya dengan bercinta lagi.
Saya serahkan jodoh kepada Allah dan siapa pun jodoh saya, bila tiba masa, saya akan tetap berkahwin. Ketika ini, saya memang tidak berminat mempunyai teman lelaki. Jika jodoh saya sudah sampai dan orang itu pula masuk meminang, saya terima. Bagaimanapun, biarlah kita kenal siapa diri dan keluarganya. Ia sudah memadai.
Buat masa ini, Shila akan memberi tumpuan yang lebih kepada kariernya, katanya yang berada selama seminggu di Kuala Lumpur untuk menjalani penggambaran muzik video single terbaru, Masih Aku Cinta.

Macam tulah, sementara masa muda nie, elok kita tumpukan kepada kerjaya.Kembangkan karier selagi boleh. Insyallah, masanya akan tiba juga. Mawar Putih percaya masih ramai lelaki yang budiman dan baik hati diluar sana tu kan?
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
Read more →

Tuesday, 27 August 2013

Gambar Shila Amzah berpeluk dan berbaju ketat dikritik peminat

,

Gambar Shila Amzah berpeluk dan berbaju ketat - Dua bulan lalu, nama Shila Amzah telah dikritik dan dikutuk peminat kerana memuatnaik sekeping gambar dirinya berpakaian sukan ketat hingga menampakkan susuk tubuh terutama bahagian dada di akaun Instagram peribadinya.

Terbaru, nama penyanyi lagu Patah Seribu kembali bergema di blog-blog hiburan apabila tersebarnya dua keping gambar Shila yang bertudung namun memakai gaun ketat dan bergambar dengan penyanyi lagenda, Lionel Richie dalam jarak yang amat rapat seperti berpelukan.

Korang boleh tengok sendiri dua keping gambar di bawah yang admin maksudkan di atas samada pemakaian dan penampilan bekas kekasih Sharnaaz itu memang perlu dipertikaikan atau peminat sendiri yang terlalu sensitif.



______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
Read more →

Thursday, 27 June 2013

Shila Amzah Pernah Bercinta Dengan Awi Rafael Sebelum Sharnaaz?

,
Wow. Agak menarik membaca tulisan Murai Batu menerusi portal Murai pagi ini. Terus celik biji mata Abang Nara yang kuyu akibat tidak cukup tidur. Mana tidaknya, Shila Amzah didakwa pernah bercinta dengan Awi Rafael sebelum cinta tersebut berpindah kepada Sharnaaz Ahmad. Menarik kan?
shila amzah dan awi rafael

Patutlah semasa program Mania dulu, pernah dengar desas desus Sharnaaz Ahmad mengamuk kepada Awi Rafael. Adakah Sharnaaz cemburu kerana takut hubungan cinta antara Shila dan Awi berputik kembali? Fuh ~~ Abang Nara pun terkejut mendengar kisah ini. Memang ramai orang tak tahu rahsia ini.
shila amza

Sekarang ini, Shila dan Awi kedua-duanya sudah single kembali. Kedua-duanya sudah putus cinta. Adakah cinta lama akan bertaut kembali? Apa salahnya kan? Kedua-duanya pun penyanyi yang berbakat. Kalau ada jodoh, mungkin satu hari akan bercinta kembali. Apa kata anda?

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________
Read more →

Saturday, 8 June 2013

Shila Amzah Dikritik Peminat Selepas Kongsi Gambar Badan Sendiri?

,
Mungkin niat baik ingin berkongsi perkembangan terbaru hobi bersenam beliau ketika ini yang pastinya sudah membuahkan hasil walaupun tidak banyak, namun kritikan yang datang bertalu. Oh Shila Amzah.

Melalui Instagram beliau petang ini, Shila Amzah berkongsikan gambar separuh badan seorang wanita yang kami percaya adalah dirinya yang bersedia untuk bergerak ke gymnasium untuk sesi senaman rutin.
UPDATE-1: Shila Amzah telah turunkan gambar tersebut dari Instagram.
Namun kurang 30 minit gambar itu wujud, hampir semua komen yang singgah meminta Shila Amzah memikirkan kembali gambar tersebut selain mengatakan ianya tidak kena dengan imej bertudung beliau ketika ini.
Seorang peminat bernama Haziq Asyraf menulis, “Kalau ditakdirkan Shila Amzah kahwin dengan Ustaz Azhar Idrus, harap ustaz dapat nasihat cara pakaian Shila ni”. Boleh tahan komen kau.

Tidak kurang juga peminat beliau yang mempertahankan pemakaian baju Shila Amzah dalam gambar ini kerana bersesuaian dengan rutin senaman beliau tetapi berkongsi di Instagram tidak perlu rasanya. Hmm.






______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________
Read more →

Wednesday, 29 May 2013

(TAHNIAH)Shila Amzah Menang Anugerah “Country Branding Award”

,
Semenjak memenangi pertandingan Asian Wave di China baru-baru ini, nama Shila Amzah semakin melonjak. Kerjaya nyanyiannya semakin memuncak dan diperakui ramai terutamanya di negara luar. Malah, Shila Amzah mendapat status PR China kerana keaktifannya melakukan persembahan di negara tersebut.
shila amzah

Dan usaha Shila Amzah mendokong nama Malaysia ke luar negara nampaknya tidak sia-sia. Segala penat lelahnya diiktiraf melalui penganugerahan “Country Branding Award” di dalam majlis The BrandLaureate Best Brands Awards. Jutaan tahniah diucapkan kepada Shila atas kejayaan ini.
shila amzah
Ketika artikel ini ditulis, Shila Amzah sudah pun dalam perjalanan untuk ke Shanghai. Abang Nara doakan Shila akan mampu membuat yang terbaik dan sekaligus menaikkan lagi nama negara. Beberapa lagi gambar Shila Amzah yang terbaru dengan membaca entri ini sepenuhnya.
shila amzah
shila amzah
shila amzah

shila amzah
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________
Read more →