Friday, 30 August 2013

Gambar isteri Rosyam Nor yang cantik menawan

,
rosyam nor, artis, pelakon, hiburan, gambar

Gambar isteri Rosyam Nor yang cantik menawan - Kehadiran pelakon tersohor Rosyam Nor dalam filem KL Gangster 2 dengan memegang peranan sebagai ketua kongsi gelap cukup membuatkan admin teruja untuk menantikan penayangan filem arahan Syamsul Yusuf itu pada 3 Oktober ini.

Digelar sebagai Tailong dalam filem berkenaan, populariti Rosyam sudah pastinya kembali melonjak naik selepas dua tahun menyepi dari menerima sebarang tawaran berlakon filem. Kini kehidupan peribadi penerbit itu turut sama kembali menjadi perhatian blog-blog hiburan serta para penulis cerita sensasi.

Antara perkara yang paling dicari orang ramai berkaitan diri Rosyam Nor ialah gambar-gambar isterinya yang dikatakan amat cantik, sopan dan masih muda. Cuba korang tengok dua keping gambar isteri Rosyam di bawah, cantik tak? Bagi admin, isteri penerbit Program Pilih Kasih itu memang terlebih cantik.

rosyam nor, artis, pelakon, hiburan, gambar

rosyam nor, artis, pelakon, hiburan, gambar


______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
Sumber : belogharian1.blogspot.com
Read more →

Tanda Putra Tetap Ditayangkan Di Pulau Pinang

,
Kemelut melanda filem Tanda Putra yang diharamkan daripada ditayangkan di Negeri Pulau Pinang oleh pentadbir kerajaan negeri nampaknya sudah tidak relevan lagi mulai sabtu ini (31 Ogos 2013) apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek melalui laman Facebooknya mengarahkan agar tayangan filem itu tetap perlu diteruskan seperti mana yang sudah dijadualkan.

Pengurusan pawagam juga khabarnya pada khamis lalu menerima surat baru dari kerajaan negeri yang mengatakan larangan itu sebenarnya adalah berbentuk nasihat dan ianya terpulang kepada pihak pengurusan pawagam masing-masing sama ada mahu menayangkan atau tidak filem ini

Ujar Shabery Cheek “Mungkin atas desakan dan kemarahan rakyat atas tindakan tidak bijak melarang tayangan TANDA PUTRA, pihak pawagam terima surat baru – NASIHAT bukan ARAHAN. Saya minta Finas memastikan pawagam meneruskan tayangan TANDA PUTRA di Pulau Pinang bermula hari sabtu ini.”
“Sekiranya benar kononnya ada babak2 fitnah yg boleh jejaskan harmoni kaum, sila buat laporan polis dan aduan kpd LPFM.”

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng baru baru ini mengeluarkan arahan meminta pihak pawagam di Pulau Pinang agar tidak menayangkan filem yang disifatkanya itu sebagai kontroversi.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
Read more →

Thursday, 29 August 2013

Kutipan Rasmi Filem Lemak Kampung Santan Sekadar RM120,000

,
Patutlah Hans Isaac kecewa sangat-sangat sampai tahap nak berhenti menerbitkan filem. Menerusi laman web Finas, dapat dilihat kutipan rasmi untuk filem Lemak Kampung Santan arahannya hanya sekadar RM120,000. Memang sangat-sangat mengecewakan.
lemak kampung santan
Jika dianggap kesemua harga tiket untuk filem ini ialah RM10, ini bermakna hanya 12,000 penonton sahaja yang telah pergi ke wayang untuk menonton. Satu jumlah yang sangat kecil. Untuk makluman, Hans Isaac telah membelanjakan RM750,000 untuk mempromosikan filem ini. Memang tak berbaloi dengan kutipan tiket yang diterima.
hans isaac

Walaupun masih di dalam status “sedang tayang”, Abang Nara dapat merasakan kutipan filem ini tidak akan meningkat jauh. Takziah Abang Nara ucapkan kepada Hans atas kegagalan ini. Yang penting, Hans kena belajar daripada kesilapan dan kembali lebih kuat.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
Read more →

Kongsi Gambar Berpakaian Ketat, Fida Ibrahim Dikritik Peminat

,
Kadangkala Abang Nara tak faham dengan artis-artis Malaysia ini. Bukannya diorang tak tahu gambar yang bakal dikongsikan boleh mengundang kontroversi, tapi tetap nak kongsi juga. Mungkin ini adalah salah satu teknik untuk mencipta publisiti murahan.
fidaContohnya macam si Fida Ibrahim ini. Dah sah-sah baju ketat dan memang tak sedap mata memandang. Awak tue dahlah pakai tudung. Sekali pandang macam ikan duyung pulak. Bagi Abang Nara, kalau nak ambik gambar sebegini ambiklah. Namun tak perlu nak share.
fida
Itu yang sampai peminat-peminat mengkritik habis-habisan. Memang jelas tak sesuai. Diharap Fida lebih berhati-hati di masa hadapan. Bukan semua benda sesuai untuk dikongsi. Mana yang tak bagus tue, simpanlah je untuk tatapan peribadi. Tak gitu? Beberapa lagi gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

fida
fida
fida
fida
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
Read more →

Gambar Gaya Hisap Rokok Erma Fatima Timbulkan Kontroversi

,
Walaupun sudah 2 minggu gambar ini dikongsikan oleh Erma Fatima menerusi Instagramnya, baru hari ini Abang Nara perasan mengenainya. Memang agak kontroversi. Mana tidaknya, gaya Erma menyalakan rokok memang nampak pro sehingga menimbulkan persoalan di kalangan peminatnya.
erma fatima hisap rokok
Dengan caption “Feeling2 stylo”, ada sesetengah peminat yang melahirkan rasa tidak kisah mereka. Namun ada juga yang mempersoalkan sama ada Erma benar-benar menghisap rokok atau tidak. Ini kerana seperti yang kita ketahui hisap rokok dan bertudung memang tidak sepadan. Antara komen pembaca ialah:-
erma fatima hisap rokok
Bagi Abang Nara memang molek kalau Erma tidak menghisap rokok kerana Erma adalah selebriti ikutan ramai. Abang Nara percaya ada yang menjadikan Erma sebagai idola mereka. Apa pun, layankan beberapa keping lagi gambar Erma Fatima di Eropah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
erma fatima hisap rokok
erma fatima hisap rokok
erma fatima hisap rokok
erma fatima hisap rokok
erma fatima hisap rokok
erma fatima hisap rokok
erma fatima hisap rokok
erma fatima hisap rokok
erma fatima hisap rokok
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
Read more →

Saya Dan Awi Rafael Cuma Kawan – Sasha Saidin

,
Selepas gagal dalam perkahwinannya sebelum ini, Sasha Saidin kini sedang hangat digosipkan bercinta dengan bekas kekasih Hanez Suraya iaitu Awi Rafael. Abang Nara faham kalau Awi Rafael jatuh cinta dengan Sasha. Orangnya memang comel. Mix pula tue.
sasha saidin dan awi rafael
Namun begitu, apabila ditanya mengenai kesahihan gosip ini oleh portal GUA, Sasha Saidin memberitahu yang hubungannya dengan Awi Rafael hanya sekadar kawan sahaja. Kata Sasha:-
Saya belum mengenalinya dengan lebih rapat, kami sekadar teman. Tapi secara umum, saya melihat yang Awi ini seorang lelaki yang matang, bekerja keras, genius dan dia sangat berbakat dalam bidang yang diceburinya iaitu bidang muzik. Dia juga sangat banyak membaca dan sangat seronok untuk berbual bersamanya sebagai seorang kawan. Lagipun saya baru sahaja kenal dia ketika bulan puasa yang lalu. Syawal pun belum habis lagi.
awi rafael
Yang bagusnya, Sasha Saidin tidak menolak sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh dengan Awi. Baguslah begitu. Daripada ayat Sasha di atas pun, nampak macam ada tanda-tanda sudah jatuh cinta. Mana tahu suatu hari nanti benar-benar bercinta kan?
Semuanya di tangan Tuhan. Saya tak tahu apa yang bakal terjadi nanti. Sekiranya perkara ini betul-betul terjadi, apa yang penting ialah saya ‘single’ dan dia pun ‘single’. Jadi kami masing-masing tidak mempunyai komitmen dengan orang lain. Awi seorang jejaka yang baik, matang dan berkerjaya. Tapi apa yang bakal berlaku nanti, semuanya terletak di tangan Allah. Tapi kini saya cuma berkawan dengan dia

Semoga di masa hadapan, perhubungan antara Sasha dan Awi akan berkembang menjadi sesuatu yang terbaik buat mereka berdua. Sama-samalah kita doakan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
Read more →

Ingin Hilangkan Imej Simbol Seks, Kilafairy Cuba Ubah Penampilan

,
Abang Nara kesian pun ada juga kepada Kilafairy ini. Daripada dulu sehingga sekarang, orang lebih mengenalinya sebagai seorang wanita yang seksi sehingga diberi gelaran simbol seks. Mungkin bibirnya yang seksi dan wajahnya yang menggoda membuatkan gelaran tersebut melekat sehingga ke hari ini.
kilafairy seksi
Sedar digelar sebegitu rupa, anak kepada Rohana Jalil ini sedang cuba untuk mengubah penampilannya. Kata Kila kepada Kosmo:-
Selama empat tahun saya berada dalam industri dan sepanjang itu gelaran simbol seks terus melekat pada saya. Mungkin selama ini tiada lagi lakonan saya yang benar-benar memberikan impak dan dapat mengukuhkan nama saya, tapi saya percaya semua itu perlukan masa.
Banyak tawaran lakonan terutama filem memerlukan saya tampil seksi dan ada babak di ranjang, tapi saya terpaksa tolak dengan baik untuk mengikis persepsi ini. Sekarang pun saya cuba mengubah penampilan contohnya mengurangkan solekan dan berpakaian lebih sedap mata memandang.
kilafairy seksi
Abang Nara sokong 100% tindakan yang dilakukan oleh Kilafairy. Jangan terima tawaran watak-watak seksi ini kalau benar-benar mahu mengubah persepsi orang ramai. Awal-awal ini memanglah susah sedikit, namun lama kelamaan pasti pendirian anda akan difahami oleh pihak penerbit. Mana tahu selepas ini Kila akan dikenali kerana kehebatan lakonan dan bukan lagi kerana imej seksi menggoda.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
Read more →

Wednesday, 28 August 2013

Hidup Berkahwin Sangat Membosankan – Haliza Misbun

,
Amboi. Pelik sungguh Abang Nara dengan Haliza Misbun ini. Macam mana Haliza boleh tahun hidup berkahwin itu membosankan padahal dia tak kahwin lagi. Misteri juga nie. Mungkin bila dah terlalu selesa hidup seorang diri sehingga umur 40-an, Haliza takut untuk berkahwin sehingga terbentuk imej sedemikian.
haliza misbun bujanBerkahwin bagi Abang Nara ada pelengkap kehidupan. Memanglah tidak sebebas ketika bujang, namun kebahagiaan dan kenikmatan yang diperolehi daripada berkahwin sangat berbaloi. Mungkin Haliza kena ubah persepsinya. Kata Haliza:-
Hidup berkahwin sangat membosankan. Saya senang hidup bersendirian. Sebabnya, saya boleh buat apa yang saya suka. Hidup saya tidak sunyi kerana ia dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Memang dulu keluarga sering bertanya bila mahu berkahwin. Tetapi, sekarang mereka sudah berhenti bertanya

Abang Nara percaya, suatu hari nanti apabila Haliza berjumpa dengan lelaki idamannya, pasti Haliza akan berkahwin jua. Mungkin sekarang masih tiada jodoh. Banyakkan berdoa agar dipermudahkan. Nanti bila dah berkahwin, Abang Nara yakin Haliza akan menarik balik kenyataannya ini.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
Read more →

Pulau Pinang Arah Sekat Filem Tanda Putera

,
Macam-macam kontroversi melanda filem Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba ini. Selepas ditangguhkan untuk berapa ketika, akhirnya filem ini akan mula ditayangkan hari ini. Sayangnya, kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan parti DAP bertindak mengarahkan agar filem ini disekat tayangannya di negeri itu.
tanda putera pulau pinang
Menerusi sidang media di pejabatnya di Komtar, Ketua Menteri Lim Guan Eng mendakwa beberapa babak dalam filem tersebut mempunyai unsur fitnah. Namun begitu, oleh kerana kuasa membuat sekatan berada di bawah kuasa kerajaan Persekutuan, kerajaan Pulau Pinang hanya boleh menghantar surat kepada pemilik wayang untuk mempertimbangkan tidak menayangkan filem tersebut.
tanda putera

Pendapat Abang Nara, agak rugi juga sekiranya rakyat Pulau Pinang tidak dapat menonton filem ini. Banyak tragedi sejarah yang membentuk negara kita dipaparkan menerusi filem ini. Tidak dinafikan ada beberapa babak yang tidak boleh disahkan kebenarannya, namun bagi Abang Nara, ia tidak akan menimbulkan polemik yang bukan-bukan. Diharap Lim Guan Eng sudah pun menonton filem ini sebelum membuat keputusan ini.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
Read more →

KL Gangster 2 Sudah Boleh DiMuatturun Percuma Sebelum Tayangan Sebenar?

,
Krew kami sedang mengesahkannya dengan link muatturun yang kini sudah disebarkan secara meluas, Update terkini akan kami berikan sedikit masa lagi sama ada video tersebut benar-benar filem KL Gangster 2 yang belum lagi ditayangkan di mana-mana pawagam.


______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
Read more →

(10 GAMBAR)Hanis Zalikha Menyambut Hari Raya Aidilfitri

,
Hanis Zalikha atau lebih dikenali dengan nama  Keknis di kalangan pembacanya memang orang yang sangat sempoi. Kalau anda follow Twitter dan Instagramnya, penuh dengan lawak jenaka. Untunglah bakal suami Hanis. Dapat bini cantik dan kelakar pula tue.
hanis zalikha raya
Salah satu contoh kekelakaran Hanis Zalikha dapat dilihat menerusi gambar di bawah. Comel sangat kot.
hanis zalikha rayaHehehe. Funny kan? Untuk tahun 2013, nampaknya bintang Hanis semakin bersinar. Semoga tahun depan dapat menang ABPBH untuk kategori Artis Wanita Baru Popular. Mana tahu ada rezeki kan? Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
hanis zalikha raya
hanis zalikha raya
hanis zalikha raya
hanis zalikha raya
hanis zalikha raya
hanis zalikha raya
hanis zalikha raya
hanis zalikha raya
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
Read more →