Showing posts with label Lana Nordin. Show all posts
Showing posts with label Lana Nordin. Show all posts

Wednesday, 30 October 2013

Lana Nordin Lahar Peminat Di Instagram Kerana Tegur Pakaian Seksi

,
Sukar juga menjadi selebriti ini agaknya ya. Terutamanya dalam era di media sosial dimana selebriti/artis boleh berinteraksi secara langsung dengan peminat. Sudah pasti ada yang memuja dan tidak kurang yang mengeji. Kalau penampilan kena dengan citarasa masyarakat pasti tidak ada masalah, tetapi jika seksi sedikit sudah pasti ada individu yang sudi meluangkan masa lapang untuk menegur.

Tetapi bergantung kepada selebriti, ada yang buat endah tak endah dengan teguran. Pasti juga ada yang tersentap bila ditegur. Maklumlah, walaupun rambut sama hitam atau blonde, hati lain-lain.
Begitulah yang boleh dikatakan tentang pelakon seksi Lana Nodin. Beberapa jam lepas pelakon ini telah memuat naik interaksi antara dirinya dengan peminat yang menegurnya kerana berpakaian seksi.
 photo lana.png

Sekiranya hendak melihat dengan lebih jelas interaksi tersebut, sila klik gambar dia atas. Lana telah menulis:-
           11 hours ago
Ni lagi sorang umat mulut tak de insurans, rasa diri lebih bagus dari org lain…meh aku cabar ko@alamache ko dtg casting mane2 aku nak tgk ko berlakon pulak mengata org tak ke mane aku berlakon kan…meh ramai2 pulak tgk ko berlakon…tengok hebat mane pulak bakat ko sampai mengata org lain sebab rasa diri sendiri lagi bagus.

Atau mungkin Lana sentap kerana dia dikatakan ‘berlakon tidak ke mana’ oleh peminat tersebut walaupun berpakaian seksi. Lana memberitahu yang dia terpilih dalam antara lima aktres yang bertanding bagi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia untuk tahun ini, bermakna baginya apa yang dikatakan peminat itu tidak berasas.
Tidak dinafikan Lana juga mempunyai bakat berlakon. Namun patutkah Lana menyelar peminat itu? Atau memang patut sekali dia menyelar, kerana sepatutnya hanya pelakon berjaya saja yang boleh menegur Lana, kalau tidak, jangan sekali-kali menegur dirinya? Apa pendapat anda?______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
Read more →

Tuesday, 30 July 2013

Saya Tak Kisah Pun Apa Orang Nak Kata – Lana Nordin

,
Sempoi jugak Lana Nordin ini rupanya. Walaupun dikecam hebat kerana khabar angin dirinya ditangkap tidak berpuasa baru-baru ini, Lana menganggap perkara tersebut hanyalah perkara kecil dan sudah lali dengan kontroversi sebegitu.
lana nordin
Kata Lana Nordin kepada Mstar Online:-
Gosip saya ditangkap tidak berpuasa sedikit pun tidak menjejaskan saya dan saya tak kisah pun apa orang nak kata. Sama ada betul atau tidak kesahihan berita itu, saya sudah membuat penjelasan. Jadi terpulanglah sama ada mereka mahu percaya atau tidak. Kalau saya tegaskan saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak semua yang percayakan saya.
lanaMenariknya, Lana turut mengakui yang dirinya sering ke kelab malam dan sudah biasa dengan tanggapan negatif orang ramai terhadapnya. Kata Lana lagi:-
Diakui, saya seorang yang gemar ke kelab, tetapi tidak pernah menyentuh alkohol atau dadah. Saya dah biasa orang selalu memberi tafsiran negatif berdasarkan apa yang mereka lihat secara luaran. Lebih baik saya ketepikan perkara itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa

Hmmmmm. Mungkin selepas ini Lana boleh cuba pergi ke surau dan majlis-majlis kebajikan pula. Jangan hanya pergi kelab malam je. Pasti tanggapan orang ramai terhadap Lana akan berubah. Kalau dah pergi ke kelab malam, mestilah orang pandang serong. Tak kisahlah apa yang dibuat di dalam kelab malam tersebut. Tak gitu?
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
Read more →

Thursday, 11 July 2013

Lana Nordin Nafi Dirinya Ditangkap Tidak Berpuasa

,
Kecoh sebentar dunia hiburan hari ini apabila seorang pelakon wanita ditangkap tidak berpuasa sambil bermain mahjung. Siap hisap rokok lagi. Ramai pihak yang menyatakan pelakon tersebut adalah Lana Nordin yang popular dengan gelaran Pamela Anderson Malaysia.
lana nordin

Sebentar tadi menerusi portal GUA, Lana Nordin menafikan yang dirinya ditangkap tidak berpuasa. Kata Lana:-
Itu bukan saya. Sudah tiga hari saya terlantar sakit di rumah sampai hilang suara. Saya sekarang sedang demam, batuk dan sakit tekak. Jadi saya rasakan berita itu sangat kelakar. Kalau pun gambar yang dimaksudkan itu gambar saya, apa bukti sahih menunjukkan itu adalah saya? Sedangkan gambar itu pun diambil dari belakang
Namun begitu, Lana Nordin mengakui yang dirinya memang tidak berpuasa akibat demam. Terang Lana:-
Tapi saya akui sekarang memang saya tidak berpuasa kerana tidak sihat. Saya berjumpa doktor dan mengambil suntikan untuk meredakan demam. Saya juga perlu makan ubat, sebab itu saya tidak berpuasa. Sudah tiga hari saya demam dan saya nak keluar daripada rumah pun tak larat

lana nordinBaguslah kalau bukan Lana Nordin yang ditangkap. Biarlah identiti si pelakon wanita itu terus menjadi misteri. Kita doakan agar dia insaf dan tidak mengulangi perbuatannya. Buat Lana, semoga cepat-cepat sihat dan dapat berpuasa seperti biasa. Pasti Lana sendiri rasa rugi kerana tidak merasai kemeriahan Ramadhan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________
Read more →