Tuesday, 4 June 2013

Running Man Akan Hadir Ke Malaysia September Ini

,
Akhirnya berita yang ditunggu-tunggu oleh peminat Running Man tiba jua. Pasti ramai yang akan teruja mendengar berita awesome ini. Walaupun masih belum diumumkan secara rasmi, daripada apa yang Abang Nara baca, ahli-ahli program popular ini akan hadir ke Malaysia sekitar bulan September 2013 ini.
running man di malaysia

Namun begitu, kehadiran Running Man ke Malaysia bukanlah untuk merakam salah satu episod di sini. Kehadiran mereka adalah lebih kepada sesi bertemu peminat. Kemungkinan besar juga akan diadakan aktiviti antara ahli-ahli Running Man dan peminat-peminat mereka di Malaysia. Jumlah ahli Running Man yang bakal hadir juga masih belum disahkan lagi.

running man

Tiket-tiket akan dijual pada harga berpatutan untuk membolehkan peminat-peminat Malaysia bersua muka dengan ahli-ahli Running Man. Info lanjut mengenai perkara ini akan diumumkan secara rasmi mengenai pada bulan Jun ini. Sambil-sambil itu, silalah kumpul duit untuk membeli tiket. Peluang keemasan ini seharusnya tidak boleh dilepaskan.
______________________________________________________

Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

0 comments to “Running Man Akan Hadir Ke Malaysia September Ini”

Post a Comment