Setelah hampir seminggu kontroversi melanda di antara Afiq Muiz, ibunya dan Eina Azman, semalam ibu Eina Azman, Amy Roshaida tampil menerusi Harian Metro untuk menepis dakwaan yang anaknya merupakan kaki kikis.

Dakwaan mengikis ini timbul apabila wang Afiq Muiz sebanyak RM30,000 lesap digunakan dalam tempoh masa sebulan. Kata ibu Eina Azman:-Eina tidak pernah mengikis wang Afiq kerana saya mampu menanggung makan minumnya. Tambahan pula saya menganggap Afiq seperti anak sendiri kerana dia sering mengadu masalah selepas keluar rumah. Saya harap selepas ini tidak timbul lagi isu Eina dituduh mengikis wang Afiq kerana saya mempunyai wang untuknya.
______________________________________________________