Tuesday, 29 October 2013

Adda Butterfly Sudah Berkahwin Semula, Kekal Isteri Kedua

,
Entah mengapa Abang Nara suka berkongsi perkembangan terbaru Adda Butterfly ini. Walaupun secara jujurnya Adda bukanlah nama besar di dalam industri hiburan tanah air. Mungkin Abang Nara ingin melihat Adda bahagia selepas perkahwinan pertamanya yang berakhir dengan penceraian selepas hanya 17 hari .
adda butterfly kahwin lagi
12 Oktober lalu, Adda akhirnya bergelar seorang isteri buat kali kedua. Suaminya merupakan seorang ahli perniagaan dari Sabah. Kali ini juga Adda merupakan seorang isteri kedua. Namun belajar daripada kesilapan yang lalu, hubungan Adda dengan isteri pertama adalah baik dan Adda kini bergelar ibu tiri kepada 2 orang anak.
adda butterfly kahwin lagi
Abang Nara tertanya-tanya juga mengapa Adda tidak memilih lelaki bujang sebagai suami dan adakah suami baru Adda ini seorang lelaki kaya. Jelas Adda kepada Utusan Malaysia:-
Saya sudah lali dengan pandangan orang, sebenarnya suami saya ini bukan orang kaya, hanya biasa-biasa. Seperti orang lain saya juga mahukan kasih sayang, salahkah kalau memang sudah tertulis saya akan berkongsi.
Memang ada yang mendekati, tetapi dengan status janda yang dipegang nampaknya niat mereka lebih jelas hanya untuk mempermainkan saya. Pada saya ini semua jodoh, dan saya juga mempunyai hak untuk merasa bahagia.
adda
Semoga kebahagiaan yang dicari oleh setiap wanita akan ditemui oleh Adda dalam perkahwinan keduanya. Jangan lupa untuk menjaga hati madu anda. Sama-samalah kita doakan agar Adda bahagia sehingga ke akhir hayat.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
Read more →

Kilafairy Berhijab, Dicintai Amar Ashraf ?

,
Benarkah pelakon cantik Kilafairy kini sudah merubah penampilan dirinya dengan berhijab? Benarkah juga dirinya dicintai dalam diam pelakon Amar Ashraf? Namun hakikatnya Kilafairy mengubah penampilannya untuk ‘menghidupkan’ watak utama sebagai Dahlia dalam sebuah drama khas tayangan sempena Maal Hijrah yang disambut seluruh umat Islam 5 November depan.

Amar Ashraf & kila Fairy
Menerusi drama bertajuk Azam Berazam yang disiarkan pada 29 Oktober; pukul 10.00 malam mengisi slot Citra di TV2 itu, Kilafairy berpasangan dengan pelakon Amar Ashraf memegang watak utama dikenali sebagai Azam yang sanggup berpura-pura mengubah dirinya yang nakal kepada pemuda yang baik dan alim demi memenangi hati Dahlia. Namun segalanya berubah bila rahsianya terbongkar dan diketahui Dahlia dan ibunya. Sempena tibanya Maal Hijrah adakah Azam benar-benar insaf untuk berubah ke arah kebaikan?
Turut dibintangi Achong, Ku Fridah, Cico Harahap dan Shafriz Shaharuddin Thamby, kongsikan plot menarik bermula watakAzam, remaja nakal dan sikapnya membingungkan Mak Kiah, ibunya. Di kampung dia sering bergaduh, merempit atau merosakkan harta benda awam. Setiap hari, Mak Kiah akan dikunjungi orang kampung yang memberi amaran mengenai Azam.
Satu hari Mak Kiah nekad menghalau Azam keluar dari rumah dan kampung dan hanya akan diberi izin pulang setelah dia benar-benar berubah dan insaf. Mak Kiah meminta jasa baik Tok Ketua supaya melancarkan amaran yang sama terhadap Azam iaitu dilarang menjejaki kampung halamannya selagi dia tidak berubah.

Amar Ashraf & kila Fairy
Azam cuba memujuk ibunya namun gagal. Azam tiada pilihan lain akhirnya dia terpaksa menurut arahan tersebut. Mak kiah benar-benar telah membuang anaknya sendiri. Azam akhirnya mengambil keputusan untuk ke KL hasil bantuan kawan merempitnya yang kerja di sana iaitu Benjo. Benjo lah yang menjadi kawan baik dan sama naik dengannya selama di KL. Azam bekerja di syarikat sama tempat Benjo kerja iaitu sebagai Despatch. Namun malam hari, Azam telah menaik taraf dirinya dengan menjadi Mat Rempit Kota. Malah dia bertambah nakal selama berjauhan dengan Mak Kiah. Azam juga berjaya memenangi setiap lumba haram yang disertainya sehingga membuatkan Azam popular.
Satu hari, Azam yang datang ke pejabat terkejut apabila melihat Dahlia, gadis sekampung dengannya yang sedang kerja disitu. Rupanya, Dahlia adalah pekerja baru di syarikat tersebut. Azam gembira kerana Dahlia yang selama ini di impikannya semakin dekat dengan dirinya.
Dahlia adalah gadis betudung yang lemah lembut dan cantik. Azam mahu memikat Dahlia namun terkejut apabila Dahlia berpura-pura tidak mengenali nya langsung. Bahkan setiap kali Azam cuba berbual dengan Dahlia, pasti Dahlia akan memanggil Syaiful bosnya disitu dan Syaiful akan memarahi Azam. Kerana takut dibuang kerja, Azam tak lagi menegur Dahlia sewaktu waktu pejabat.
Cubaan Azam tidak terhenti disitu. Dia tetap mahu mendapatkan Dahlia. Sanggup Azam mencari rumah sewa berdekatan rumah Dahlia. Benjo yang mula pening dengan Azam kerana banyak aktiviti lumba tergendala dek kerana Azam yang sibuk mengejar Dahlia. Benjo juga telah mendapat tahu mengenai Syaiful yang juga menaruh hati pada Dahlia dan menyampaikannya pada Azam. Azam mengamuk besar dan tidak dapat menerima kenyataan.

Amar Ashraf & kila Fairy
Satu hari, Azam mencuri diari milik Dahlia dan disitu dia terbaca Dahlia yang memuji ciri-ciri yang ada pada Syaiful. Lelaki yang soleh, bertanggungjawab dan rajin serta beramal mulia. Azam tercabar disitu kerana yakin Syaiful mempunyai ciri-ciri tersebut.
Bermulah azam baru Azam dalam menghijrahkan dirinya menjadi Azam yang memenuhi ciri-ciri lelaki idaman Dahlia. Azam ke tempat kerja dengan berjubah, solat tidak tinggal walaupun dah habis waktu solat, sanggup solat sunat, berpuasa ganti, pendek kata segala-gala sikap nakal Azam menjadi murni dan Benjo semakin tertekan melihat perubahan Azam sebab tak ada juara dalam lumba haramnya lagi. Rupa-rupanya apa yang dilihat Benjo adalah lakonan semata-mata. Azam hanya melakukan perkara itu apabila dihadapan Dahlia. Apabila malam dan Dahlia hilang dari pandangan, Azam akan merempit semula dan kembali kepada asal.
Dahlia yang tidak mengetahui perbuatan Azam menganggap Azam benar-benar berubah dan dia mula baik dengan Azam. Azam gembira strateginya berjaya. Dahlia menyuruh Azam pulang ke kampung bagi menunjukkan perubahan itu pada Mak Kiah dan Azam bersetuju . Di kampung, gelagat Azam yang mengalahkan Ustaz Alim tidak dapat disangkal lagi. Dia kerap menghabiskan masa di surau tapi sebenarnya, dia curi-curi tidur tanpa pengetahuan sesiapa. Mak Kiah dan Dahlia gembira dengan perubahan itu.
Namun akhirnya tembelang Azam pecah juga. Satu hari, di hari lahir Azam. Mak Kiah mahu membuat kejutan dengan pergi Ke KL bertemu Azam. Mak Kiah mahu menyampaikan berita mengenai Dahlia yang bersetuju untuk di pinang Azam. Dahlia dan Mak Kiah sama-sama mahu memberi berita mengejut itu pada Azam namun berlaku sebaliknya. Bila tiba di rumah, Mak Kiah mendapati Azam tiada dirumah dan yang ada hanya Benjo. Benjo mulanya bagitahu Azam ke masjid Negara namun terbongkar apabila ada gadis datang ke rumah mengajak Benjo melihat perlumbaan Azam.
Benjo akhirnya terpaksa membawa Mak Kiah dan Dahlia ke lokasi sebenarnya. Alangkah terkejutnya Mak Kiah dan Dahlia apabila melihat Azam sedang ligat beraksi di jalan raya berlumba haram. Disitu Azam yang sedang berlumba terpandangkan Mak Kiah dan Dahlia yang sedang melihatnya. Serta merta Azam tergelincir dan terjatuh. Azam patah kaki disitu. Sementara Mak Kiah diserang sakit jantung lalu di bawa pulang oleh Dahlia.
2 bulan selepas itu, Azam yang yang masih di wad terkejut apabila Benjo bercerita mengenai Mak Kiah yang disahkan meninggal dunia. Azam nekad lari dari hospital dan dikampung dia tergamam apabila Tok Ketua dan Dahlia memaklumkan mengenai Mak Kiah yang dah 2 minggu disemadikan. Azam menyesal disitu tambahan apabila mendapat tahu permintaan ibunya yg tidak mahu Azam melihat kuburnya selagi Azam tidak berubah. Azam benar-benar menyesal.
Dihadapan seluruh orang kampung, Azam telah membuat janji. Dia berjanji akan berubah dan berbakti pada orang kampung. Semua yang melihat terharu. Seminggu Tok ketua dan Dahlia mendapati Azam benar-benar insaf. Dia sanggup tidur disurau mengaji dan bersolat sunat sampai ke subuh. Dan satu hari, Azam dikejutkan dengan kedatangan Mak Kiah yang berpakaian serba putih memanggil Azam. Azam menangis dihadapan Mak Kiah dan berjanj akan berubah. Azam menyangkakan itu adalah mimpi namun terkejut apabila seluruh orang kampung ketawakan Azam yang teresak-esak menangis. Adakah Mak Kiah benar-benar telah meninggal dunia? Mahukah Dahlia menerima Azam menjadi suaminya? Saksikan kesudahannya menghayati sambutan Maal Hijrah ini hanya di TV2.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
Read more →

Tiada Tawaran Berlakon, Almy Nadia Jual Karipap

,
Respek!!! Abang Nara tabik hormat kepada Almy Nadia yang tidak segan silu untuk membantu ibunya menjual karipap di kampung halaman akibat ketiadaan tawaran lakonan. Sesetengah selebriti yang perasan super popular memang tak akan buat perkara sebegini. Kononnya menjatuhkan maruah dan reputasi mereka.
almy nadia jual karipap
Kalau Abang Nara duduk kat Pulau Pinang memang tiap-tiap hari Abang Nara akan pergi beli karipap Almy Nadia. Silap-silap siap borong satu kedai dengan Almy Nadia sekali. Hehehe. Kata Almy Nadia:-
Tawaran berlakon memang sudah lama tidak ada jadi daripada saya duduk tanpa berbuat apa-apa adalah lebih baik saya lakukan sesuatu untuk mengisi masa lapang dan mencari duit lebih seperti menjual karipap.
Alhamdulillah karipap yang dihasilkan bersama ibu iaitu inti kentang, ayam, daging dan sardin mendapat sambutan. Ada kalanya kami menerima tempahan dalam jumlah yang besar.
Saya seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan sesiapa walaupun tidak lagi mendapat tawaran berlakon dan sekurang-kurangnya rezeki menjual karipap itu halal.
Malah jika ada yang menjemput menghadiri acara hiburan dengan bayaran RM100 pun saya terima kerana itu adalah rezeki saya
almy nadia
Menurut Almy, kehadiran pelakon wanita baru dan ketidakpandaian dirinya melobi kepada penerbit merupakan salah satu punca ketiadaan tawaran lakonan. Kata Almy lagi:-
Perasaan rindu hendak berlakon itu memang ada tetapi nak buat macam mana tawaran memang tiada. Hendak meminta-minta saya segan kerana saya tidak pandai melobi penerbit.
Tambahan pula pelakon wanita baharu semakin ramai dan lebih menyerlah berbanding diri saya yang tidak seberapa ini.

Abang Nara memang tak boleh dengar ayat-ayat sedih daripada si Almy Nadia ini. Terasa nak bukak satu syarikat produksi sekarang jugak dan terus ambil Almy berlakon jadi heroin. Kesian la pulak. Tapi tak apalah Almy. Insya Allah kalau ada rezeki akan ada balik tawaran berlakon. Buat waktu ini, teruskan menjual karipap. Minggu depan Abang Nara turun Pulau Pinang untuk merasa karipap Almy. Info asalMstar Online.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
Read more →

Peluang Untuk Bertemu Shaheizy Sam Dan Liyana Jasmay

,
Wow!!! Menariknya hadiah-hadiah yang ditawarkan sempena kembalinya Shaheizy Sam dalam bidang nyanyian. Boleh dapat tandatangan, dapat buat kemunculan istimewa dalam video klip dan paling best, dapat lepak bersama Shaheizy Sam dan Liyana Jasmay. Abang Nara berani jamin peminat Sam dah teruja sangat-sangat kan?
shaheizy samCaranya mudah sahaja. Hanya perlu beli mana-mana tin Nescafe kegemaran anda dan hantarkan bukti pembelian tersebut menerusi laman Facebook Nescafe. Seperti yang anda lihat di atas, hanya ada satu hadiah yang unlimited. Yang lain semua ada had. Jadi siapa cepat, dialah yang akan dapat.
shaheizy sam
Setakat 100 bukti pembelian itu apalah sangat kalau anda peminat tegar Shaheizy Sam kan? Silalah bersegera kerana kalau tak silap Abang Nara, tarikh tutupnya dah semakin hampir. Lagi cepat anda hantar, lagi tinggilah peluang untuk menang. Untuk informasi lanjut, layari www.onsam.com.my.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
Read more →

Monday, 28 October 2013

(14 GAMBAR)Majlis Resepsi Ashraf Muslim Dan Wan Sakinah Dari Eddie PhotoVideo

,
Kalau sebelum ini kita telah melihat gambar-gambar majlis resepsi Ashraf Muslim dan Wan Sakinah dari dua jurugambar, apa kata kita lihat gambar dari jurugambar rasmi majlis mereka pula. Jurugambar rasmi majlis ini ialah Eddie PhotoVideo. Majlis ini dikhabarkan telah berlangsung di Ipoh, Perak.

 photo 1383478_10151746555426378_1665655244_n.jpg
 photo 1395238_10151746557796378_342957806_n.jpg

Memang nampak sangat ‘loving’ pasangan ini. Rasanya tidak ada apa-apa lagi yang perlu diucapkan melainkan doa semoga perkahwinan mereka berkekalan ke akhir hayat. Kredit gambar kepadaFacebook Eddie PhotoVideo.
Lagi 14 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 photo 1381321_10151746553041378_1016855296_n.jpg
 photo 1278886_10151745639916378_4679929_o.jpg
 photo 543837_10151746563881378_1695317720_n.jpg
 photo 841249_10151746536966378_692078406_o.jpg
 photo 904682_10151746528516378_897530615_o.jpg
 photo 841224_10151744005236378_1827731136_o.jpg
 photo 893520_10151746535396378_505168343_o.jpg
 photo 1401231_10151745901981378_118972822_o.jpg
 photo 1399427_10151746404721378_2078301210_o.jpg
 photo 1401787_10151745609456378_620879192_o.jpg
 photo 1398952_10151745593881378_916780338_o.jpg
 photo 1398067_10151746411431378_435715540_o.jpg
 photo 1397125_10151746346756378_1620060018_o.jpg
 photo 1402847_10151745720566378_1458353570_o.jpg______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
Read more →

David Teo Akui Industri Filem Semakin Parah Selepas Hasilkan Filem Yg Ke 100

,
Sehingga artikel ini ditulis sudah 84 buah filem terbitan Metrowealth Pictures telah dihasilkan, terbaru Highland Tower bakal ke pawagam mulai 31 Oktober ini.

NING - Konsert Pelangi Untukmu
Sama ada 84 filem tersebut adalah filem berkualiti mahupun tidak hanya peminat tegar filem terbitan Metrowealth Pictures yang mampu memberi persepsi.
Bagaimanapun tegas David Teo walaupun Metrowealth Pictures berterusan menghasilkan filem sepanjang tahun ataupun lebih tepat 2 buah filem sebulan namun beliau akui 2013 adalah tahun yang paling dukacita bagi pembikin filem tempatan kerana kutipan filem pada tahun ini tidak begitu memberangsakan.
“Saya sudah berada dalam industri filem ini selama 13 tahun dan bakal menghasilkan filem yang ke 100 tidak lama lagi. Apa yang boleh saya katakan perkembangan masa kini industri filem tempatan terutamanya pada tahun ini (2013) bolehlah dikatakan diantara yang paling parah dari segi kutipan selama 13 tahun saya jadi penerbit sejak 2001 lagi.”
“Tidak kira sama ada filem itu adalah filem yang baik mahupun tidak semuanya tidak dapat mengembirakan penerbit filem tempatan. Tapi walaupun begitu kami di Metrowealth masih mampu bertahan bagi menghasilkan filem sepanjang tahun. Ini juga adalah kerana peminat yang sentiasa memberi sokongan kepada kami” Jelas David Teo yang kami temui di Cathay Cineplexes E@Curve
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
Read more →

(VIDEO)Gimik Lamaran Fizo Omar Kepada Mawar Abdul Karim

,
Pelakon Fizo Omar bakal bernikah dengan anak perempuan kepada pengasas tudung Fareeda, Mawar Abdul Karim pada 10 November ini. Sebelum itu, mereka akan bertunang pada 9 November. Semalam, pelakon itu telah membuat gimik lamaran kepada Mawar di Cathay Cineplex e@Curve.

 photo daa6f4f83fa811e3b7ca22000ae80d03_8.jpg
 photo 00d13cee3fbb11e3a0d522000a1f970a_8.jpg
Video lamaran boleh ditonton di sini. Video ini turut menampilkan Mia Sara dan rakaman perbualan Fizo dengan bakal ibu mertuanya serta lamaran Fizo kepada Mawar di hadapan orang ramai:-
Bersungguh-sungguh nampaknya Fizo semasa melamar Mawar. Mari bersama kita doakan semoga pertunangan dan pernikahan mereka berjalan lancar.
Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit foto Instagram Fizo Omar dan kredit video pada ParanormalTalents.

Sebelum Rafidah Ibrahim dan AC Mizal mempopularkan semula lagu Apo Kono Eh Jang dengan versiremixed, lagu tersebut asalnya dinyanyikan oleh Ally Noor dan Mastura. Ingin menonton mereka menyanyi secara live?

Saksikan mereka membuat persembahan di Legasi Muzikal Bongai 3 Dimensi yang akan diadakan diAuditorium D’Sury, Kompleks JKKN Negeri Sembilan pada 1 dan 2 November 2013, jam 8.30 malam.Tiket hanya berharga RM 5. Untuk belian tiket, sila hubungi 06-763 1636 (DL) / 06-767 6793 atau 06-763 6308.

 photo 0513625a3fbb11e38dc722000a1fbcbc_8.jpg
 photo 02a4c8923fbb11e3a73f22000a9e28ad_8.jpg
 photo 0464bbce3fbb11e3987b22000ab69892_8.jpg
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
sumber
Read more →